0

Pilihan

Posted by mpejal on 7:40 AM in
Kadang kadang hidup ini memang kejam.kita terpaksa memilih dan kita juga sentiasa perlu memilih (wajib) bagi sesetengah perkara meskipon kita tidak tahu sama ada pilihan kita ini tepat atau sebaliknya.pilihan kita ini tidak semestinya menunjukkank identiti kita, siapa sebenarnya kita, tetapi pilihan kita inilah yang menentukan masa depan kita.kadang kadang aku berasa kejam bukan kerana pilihan aku tetapi kerana aku tidak tahu bagaimana untuk memikir panjang tentang pilihanku hinggakan kadang kadang aku selalu memilih jalan pintas iaitu dengan mengikut pandangan rakan rakan.merekalah yang selalu menentukan kebanyakn pilihan aku.bukan kerana aku malas untuk memilih dan bukan juga kerana waktu malamku terganggu kerana pilihan pilihan ini.tetapi aku tidak mahu menyesakkan kepalaku dengan pilihan pilihan ini yang pasti akan menimbulkan pelbagai kemungkinan dimasa hadapan.bagi aku pilihan ini menyusahkan dan juga menyesakkan.

tetapi itu dahulu.pilihan tidak lagi ditentukan oleh rakan rakanku.pilihan tidak lagi kerana berapa ramai rakanku yang memilih lalu aku dengan mudah mengikuti kumpulan yang ramai memilih.zaman sekolah.ha3.

kebanyakan daripada kita belajar daripada pengalaman untuk membuat pilihan.dan aku tidak rasa hairan kerana masih terdapat sebilangan daripada kita yang masih memerlukan orang lain untuk membuat pilihan.bukan untuk meminta pandangan,nasihat tetapi untuk terus membuat keputusan tanpa perlu memilihnya sendiri.

pilihan,pilihan, pilihan.memang sesuatu yang 'complicated'.kita perlu memikirkan yang terbaik untuk diri kita sendiri.pilihan berada ditangan kita dan kita juga yang menentukan pilhan tersebut.belajar daripada pengalaman dan belajarlah daripada nasihat.kita akan tahu pilihan kita.

|

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 nOtHinG tO bLoG All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.