0

Ronaldo wira MU singkirkan Porto

Posted by mpejal on 8:59 AM in

LONDON: Jaringan Cristiano Ronaldo pada minit awal permainan membolehkan Manchester United memadam sejarah lama menyingikirkan Porto FC dengan 1-0, pada saingan kedua suku akhir awal pagi tadi.

Bertandang ke Pertugal dengan badi tiada kelab Inggeris termasuk United menang di Porto, Ronaldo akhirnya melenyapkan impian tuan rumah dengan ledakan kaki kanannya dari jarak jauh, menggegarkan jaring pada minit ke-6.

Porto yang sebelum ini bertandang di Old Trafford dengan mencipta keputuan seri 2-2, seakan-akan selesa untuk mencipta kedudukan sama, namun kelincahan Ronaldo sering kali mengkucar-kacirkan pertahanan Porto.


Kemenangan agregat 3-2 itu membolehkan United bertemu Arsenal pada separuh akhir nanti.

England mempunyai tiga kelab melangkah separuh akhir dengan Chelsea akan bertemu Barcelona.

Chelsea layak selepas menundukkan Liverpool dengan agregat 7-5 manakala Barcelona mengalahkan Bayern Munich dengan agregat 5-1

|

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 nOtHinG tO bLoG All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.